Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Monday, October 26, 2009

BiSnEs DoBi


Bisnes dobi adalah satu bisnes tradisional yang amat menguntungkan. Bisnes ini telah lama bertapak di Malaysia sejak zaman penjajahan lagi. Apa yang berbeza adalah bisnes dobi pada masa lampau menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan arang untuk menggosok dengan seterika tembaga serta menjemur menggunakan sinar matahari semata-mata.



Kini imej bisnes dobi telah banyak berubah. Mesin berkomputer yang menjimatkan penggunaan air dan kuasa elektrik menjadi pilihan kebanyakan pengusaha bisnes dobi. Mesin menggosok elektrik yang menggunakan sistem 'steam ironing' banyak membantu mempercepatkan kerja menggosok pakaian.


Kini wujud mesin yang mencuci pakaian secara mesra alam iaitu 'wet cleaning' di mana cucian ini adalah alternatif kepada 'dry cleaning'. Pelaburan untuk mesin ini amat berbaloi memandangkan ia mampu melindungi alam sekitar. Ada juga pengusaha yang peka terhadap alam sekitar menggunakan bahan pencuci organik yang berasaskan tumbuhan dalam kerja cucian.


Untuk mengenali lebih dekat bisnes dobi saya, sila klik URL di bawah;
http://dulh.weebly.com/