Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Monday, November 15, 2010

Dinar & Dirham Kelantan

This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency. Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen.



The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.


from; http://www.dinarkel.com/index.html

Saturday, November 13, 2010

Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif


Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Awal-awal dulu masa baru Internet bermula sekitar 1994, sebelum adanya Google. Sebelum perniagaan Internet popular. Saya ingat lagi masa tu, Yahoo sahaja yang paling popular, dan laman web saya sering buat rujukan adalah HotWired.

Zaman itu juga, tiada banyak perniagaan Internet. persaingan adalah amat rendah. Saya bermula perniagaan Internet sekitar 1998, dah 12 tahun!

Internet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak. Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik.

Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

Saya pasti, anda pun sering tak endahkan iklan-iklan yang terdapat di Internet dan kurang klik pada iklan-iklan tersebut (tambahan zaman ni banyak juga iklan-iklan buat-duit-cepat-kaya)

So, bagi usahawan Internet, apa yang perlu di lakukan?

Zaman ini, kita tidak boleh bergantung pada pengiklanan sahaja. Usahawan Internet perlu lebih aktif menggunakan interaksi di Internet seperti menggunakan blog, forum, facebook, youtube, ebook, twitter, dan lain-lain. Iklan di Internet sering dilihat sebagai “satu hala” dan menjadi semakin tidak efektif. Manakala interaksi pula adalah “dua hala” dan memudahkan usahawan perniagaan Internet menarik perhatian prospek.

Time Management

by Dr. Wan Shah Razali



Something will master and something will serve. Either you run the day or the day runs you; either you run the business or the business runs you.


Learn how to separate the majors and the minors. A lot of people don’t do well simply because they major in minor things.

Don’t mistake movement for achievement. It’s easy to get faked out by being busy. The question is: Busy doing what?

Days are expensive. When you spend a day you have one less day to spend. So make sure you spend each one wisely.

Sometimes you need to stay in touch but be out of reach. Time is our most valuable asset, yet we tend to waste it, kill it, and spend it rather than invest it.

We can no more afford to spend major time on minor things than we can to spend minor time on major things.

Time is more valuable than money. You can get more money, but you cannot get more time.
Never begin the day until it is finished on paper.

Learn how to say no. Don’t let your mouth overload your back.
Time is the best-kept secret of the rich.

Sunday, July 18, 2010

Rahsia Bisnes Orang JEPUN


Kejayaan orang Jepun dalam bidang ekonomi amat mengagumkan. Siapa sangka selepas mengalami kehancuran yang dahsyat dalam Perang Dunia Ke-2, Jepun mampu bangkit semula dengan kekuatan yang luar biasa!!!
Faktor utama kejayaan orang Jepun terletak pada budaya kerja, sistem etika, pengurusan yang cekap, kreativiti dan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal erti kekalahan. Mereka menjadi kebanggaan asia kerana dapat mengatasi pihak Barat daripada segi pencapaian dan produktivitinya. Orang Jepun terkenal dengan sikap rajin dan optimistik.
Cara mereka mengendalikan sesuatu perkara dan pekerjaan adalah berbeza daripada gaya orang Barat. Kejayaan orang Jepun begitu mengagumkan sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan berkenaan formula yang mereka gunakan. Pencapaian Jepun juga adalah luar biasa walaupun pernah mengalami kemusnahan pada Perang Dunia Ke-2.
'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan' adalah pepatah paling baik bagi menggambarkan sikap serta tabiat kerja orang Jepun. Sikap yang boleh kita contohi terutamanya dalam menjalankan bisnes ialah 'Kai Zen'. Kai Zen adalah amalan kualiti kerja yang memberikan penekanan kepada 3 aspek utama iaitu peningkatan kerja yang berterusan, dapat diukur dan dilaksanakan secara berperingkat.
petikan dari buku Rahsia Bisnes orang Jepun oleh Ann Wan Seng

Sunday, July 11, 2010

Skim Piramid dan MLM

Untuk dikongsi bersama...petikan daripada e-mel kawan.

Memang perbincangan skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan... perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan. Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan pada masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini. Jadi, betulkah M L M itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya. Cuba perhatikan... Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu selebihnya bukan?


2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya. Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus? Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus. Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.


3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain. Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.


Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini? Senario manakah lebih adil? Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan. Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan kebelakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.


Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi undang-undang. Jadi, betulkah M L M itu sebuah piramid? Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.


ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

Saturday, July 10, 2010

KONGSI ILMU MOTIVASI

Pada malam 26 Jun 2010, aku telah menyertai satu seminar motivasi atau lebih dikenali majlis ilmu di MIECC The Mines. Di sini aku telah melihat beratus orang malahan mungkin lebih seribu insan yang berjiwa usahawan dan bergelar jutawan dan bakal jutawan berhimpun untuk berkongsi ilmu dunia untuk membina kehidupan yang lebih cemerlang.

Untuk menghadiri seminar ini, aku telah membayar sebanyak RM100, dapatlah makan makanan sedap, goodies yang bernilai lebih RM100 dan ilmu yang tidak ternilai harganya. Syarikat penganjur Hai-O telah membayar RM20k untuk penceramah tersebut menyampaikan ceramah motivasinya pada malam itu. Penceramah adalah bekas pensyarah UPM dan sekarang menjalankan bisnes konsultansi untuk motivasi, sungguh hebat beliau menyampaikan ilmunya kepada para usahawan.

Bersama ini disertakan sebahagian nota persembahan daripada beliau untuk dikongsi bersama secara percuma.







Terima kasih tuan penceramah. Aku bersama kawan-kawan akan berubah menjadi lebih baik. Insya Allah....

BOLA & BISNES



Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 telah melabuhkan tirainya. Tahniah buat Sepanyol...pasukan aku telah tersisih jauh...Brazil...takpela 4 tahun lagi jadi penganjur dan juara...heheee.....



Apabila menyebut perlawanan bola sekecil liga di Malaysia hingga ke Piala Dunia, semuanya berkisar pasal bisnes. Disebabkan perebutan sebiji bola di atas padang antara 2 pasukan yang berlawan, banyak pihak dapat menjalankan bisnes dengan lebih hebat yang melibatkan bola secara langsung atau tidak langsung. Industri pelancongan yang merangkumi tempahan bilik hotel, restoran, percetakan, pengiklanan, pengangkutan awam, komunikasi dan sebagainya terus meningkat sepanjang tempoh perlawanan bola sepak.



WC2010 yang berlangsung di negara Afrika Selatan telah memberi ruang yang besar untuk rakyatnya menjalankan pelbagai bisnes sokongan secara langsung atau tidak kepada perlawanan yang paling berprestij di dunia. Penjualan barang-barang cenderahati, pakaian sukan seperti jersi setiap pasukan bertanding untuk para penyokong, restoran, bilik hotel dan sebagainya telah memberi keuntungan yang besar untuk rakyatnya. Mungkin ada beberapa orang rakyatnya yang telah menjadi jutawan setelah menjalankan bisnes sokongan ini. Itulah kuasa sebiji bola yang menjadi rebutan.

Perlawanan bola sepak WC2010 ini juga telah menemukan jenama sukan yang terkenal untuk mempromosikan jenama mereka iaitu Adidas dan Nike. Kesemua 32 pasukan yang terlibat telah ditaja dengan begitu hebat sekali yang meliputi kasut sehinggalah jersi yang menonjolkan jenama Adidas dan Nike. Ia menunjukkan bukan sahaja perlawanan bola sepak tetapi perlawanan pengiklanan jenama sukan untuk meluaskan empayar bisnes mereka.

Aktiviti bisnes yang berunsur negatif juga turut berkembang sama ketika perlawanan bola sepak WC2010 seperti perjudian, penjualan arak dan pelacuran. Ada yang halal dan ada yang haram dari segi lesen di negara penganjur tersebut dan juga di negara-negara lain dunia. Semua akibat kegilaan menyokong bola sepak dan menyebabkan industri bola sepak mendapat sambutan yang paling hebat di dunia.

Banyak juga pihak industri hiburan dan juga seni termasuk drama dapat mengaut keuntungan hasil produk-produk yang ada kaitan langsung dengan bola. Hebatnya kuasa bola sepak sehingga dapat mengukuhkan industri pelbagai bisnes, ini bolehlah kita panggil industri bola sepak.

Sebab itu banyak negara yang ingin menawarkan diri untuk menjadi penganjur sukan bola sepak Piala Dunia ini kerana pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan sebagainya akan menggalakkan kegiatan ekonomi negara tersebut. Dalam kata lain, industri bola sepak akan menggalakkan industri-industri lain seperti pelancongan dan secara tidak langsung mengharumkan nama penganjur setelah berjaya menganjurkannya. Bertemu lagi pada tahun 2014 di negara juara....Brazil.

Monday, May 24, 2010

Gold Investment Tips


1. Buy gold bars and coins instead of jewelry for investment. You may not get a good price for jewelry because of making and processing charges involved in it.

2. Look for hallmark or BIS sign on gold bars and coins. It is a sign of quality and purity.

3. Buy physical gold only from a well-known dealer or bank.

4. Gold should be viewed as a long-term investment.

5. Gold investors should not be "buy today and hope to make money tomorrow".

6. Gold should be seen as a store of value and insurance for your portfolio. When you buy insurance, you are not expecting to die tomorrow.

Sumber:
http://emas999-gold24k.blogspot.com/2010/01/pengurusan-kewangan-dan-simpanan-emas.html

Thursday, May 20, 2010

Nabi Muhammad s.a.w.; Model Usahawan Berjaya

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan bapa saudaranya, Abu Talib a.s. setelah kematian datuknya, Abdul Muttalib. Rasulullah s.a.w. telah mula mengikuti Abu Talib a.s. berniaga sehingga ke Syria. Abu Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Semenjak kecil lagi, baginda Rasulullah telah memperlihatkan kemuliaan akhlaknya serta keelokan budi pekertinya. Baginda pernah melakukan kerja-kerja menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. Bermula dari sinilah titik tolak baginda menjalankan kerja-kerja perniagaan. Ketika baginda berusia dua belas tahun, baginda mengikut bapa saudaranya ke Syam atas urusan perniagaan.

Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. Perjalanan ini merupakan perjalanan yang pertama dilakukan di luar Kota Mekah. Dalam perjalanan itu, baginda telah mengenali dunia perdagangan, menyaksikan peninggalan-peninggalan yang masih terdapat di daerah-daerah yang telah dilalui baginda dan melihat adat tradisi yang diamalkan oleh penduduk-penduduk negeri tersebut.

Pengalaman menjalankan peniagaan bapa saudaranya telah meninggalkan kesan yang jelas dalam diri baginda. Baginda dapat menjalankan perniagaan dengan baik serta mendapat keuntungan yang banyak. Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan di Mekah atau pun menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah s.a.w. dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun. Ketika usia itu, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Sayidatina Khadijah adalah seorang janda kaya dan saudagar yang masyhur. Beliau terkenal dengan kemuliaan budi pekertinya dan kekayaan hartanya.

Pada kali ini, baginda pergi ke Syam dengan ditemani oleh Maisarah iaitu pembantu Khadijah yang amanah, baik hati dan ikhlas. Pada suatu hari, ketika baginda menjalankan perniagaan di Syam, telah berlaku pertengkaran kecil di antara orang yang datang membeli dengan baginda. Orang itu meminta baginda bersumpah dengan nama dua patung ‘latta’ dan ‘uzza’ yang dipuja dan disembah oleh orang Arab ketika itu.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuklah, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berkemampuan. Ada satu ketika sewaktu baginda berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama, ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Baginda menjawab dengan lembut tetapi tegas. Baginda mengatakan bahawa baginda tidak akan sekali-kali bersumpah dengan dua patung yang dibencinya itu. Keadaan ini memperlihatkan bahawa baginda Rasulullah tidak sekali-kali melakukan perkara-perkara yang dilarang agama khususnya dalam perkara aqidah biar pun hal tersebut boleh membawa faedah duniawi. Baginda sentiasa mengingatkan umatnya supaya tidak selalu bersumpah kerana baginda pernah bersabda yang bermaksud: "Elakkanlah daripada terlalu banyak bersumpah ketika menjalankan urusan perniagaan kerana ia dapat menarik pelanggan dengan mudah tetapi menghapuskan keberkatan." Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran, amanah serta ikhlas sehingga baginda mampu memperdagangkan barang-barang Khadijah dengan mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada apa yang diperolehi oleh orang lain sebelumnya.


Pengajaran daripada Sirah ini:

1. Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: "Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).

2. Baginda mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam timbangan dan lain-lain. Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak-geri dan tutur kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang mengandungi unsur tipu daya.

3. Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu-membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: "Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu-membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan."

4. Semenjak usia baginda masih kecil lagi, baginda telah berusaha untuk menyara kehidupan dan tidak bergantung kepada bapa saudaranya. Baginda sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal seperti menjalankan perniagaan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi anak-anak muda pada masa kini.

5. Walaupun Rasulullah tidak mempunyai modal sendiri untuk berniaga, baginda sentiasa berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini dengan mengambil upah daripada orang-orang yang mempunyai modal tetapi tidak dapat melaburkan modalnya sendiri, mereka memerlukan orang lain untuk menjalankan perniagaanya.

6. Oleh kerana baginda Rasulullah telah bekerja sejak daripada muda lagi, baginda telah dikenali ramai dengan sifat kejujurannya dan ketekunannya dalam bekerja. Keadaan ini menyebabkan peluang baginda untuk menjalankan perniagaan orang-orang yang memerlukan bantuan adalah cerah.

7. Perniagaan baginda Rasulullah ke atas harta Khadijah memperlihatkan kepada kita tentang sebaik-baik harta adalah dari hasil sendiri yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Manakala seburuk-buruk kemewahan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

8. Selepas baginda Rasulullah berkahwin dengan Sayidatina Khadijah, baginda masih tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dan menjadi pengurus dan rakan perniagaan isteri baginda sehinggalah baginda diangkat menjadi Rasul.

9. Baginda Rasulullah bekerja sebagai saudagar hanya untuk memenuhi keperluan hidup baginda dan bukan untuk menjadi jutawan kerana baginda tidak pernah menunjukkan kecintaan terhadap kekayaan. Oleh itu baginda menceburkan diri dalam perniagaan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian. Melalui penglibatannya dalam perniagaan, kita dapati bahawa baginda Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sikap ini membuatkan pelanggan-pelanggan tidak pernah bersungut dan merasa berpuas hati dengan baginda. Tidak pernah terjadi pergaduhan di antara baginda dengan pelanggan. Segala masalah akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sikap jujur, adil, amanah dan bertanggungjawab adalah merupakan prinsip asas dalam perniagaan. Prinsip ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para peniaga dalam menjalankan urusniaga perniagaan.

10. Baginda Rasulullah sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah-lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan."

11. Pertukaran barangan yang diadakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam urusniaga perdagangan merupakan pertukaran yang sah dan halal. Allah melarang manusia daripada mengambil barang orang lain tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada mereka. Perkara ini penting untuk mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan di dalam masyarakat serta untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara ahli sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan cara jual-beli suka sama suka (redha meredhai) di antara kamu." ‘Jalan yang batil’ termasuklah semua jual-beli yang mengikut jalan yang salah yang bertentangan dengan hukum-hukum prinsip Islam dan yang sesat serta tidak bermoral dan beretika. Semua perniagaan hendaklah dijalankan dengan persetujuan bersama bukan dengan jalan paksaan dan penipuan. Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud: "Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka).

12. Riba’ dalam apa jua bentuk sekali pun adalah dilarang Allah, manakala semua jenis jual beli yang tidak terkeluar daripada syariat Islam adalah halal. Firman Allah SWT. Bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Semoga sirah ini boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

Sumber:
Majalah Muslimah (Jun 1999)
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/nabi-muhammad-saw-sebagai-usahawan-muda/

Sunday, May 9, 2010

Siapakah USAHAWAN???

Kenapa berniaga?
Berniaga adalah kerjaya mulia.
Usaha ini mempunyai kelas tersendiri di mana mereka yang terlibat akan memiliki keselesaan dari segi material, waktu yang fleksi dan menjadi majikan kepada diri sendiri.

Dari perspektif agama sendiri, karier dalam perniagaan turut diceburi oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Beza Peniaga dengan Usahawan?
Umumnya, peniaga adalah individu yang menjual produk dan perkhidmatan. Manakala, usahawan merupakan mereka yang memasuki alam perniagaan dengan perancangan yang teliti dan berencana. Kaji selidik dan strategi memajukan perniagaan serta matlamat halatuju telah disediakan dengan jelas dan terancang.

Golongan ini menceburi bidang perniagaan dengan hasrat untuk berkembang maju dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan. Mereka sentiasa berusaha memajukan perniagaan dengan pelbagai daya dan kreativiti.

Jati Diri Usahawan (ciri-ciri usahawan berjaya)
Kajian terhadap usahawan yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia melibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorongan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan. Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemui pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang rintangan.

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum pada usahawan yang telah berjaya :

DORONGAN DALAMAN

a. Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah produktif.

b. Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi potensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan.

c. Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk peribadi dari sikap negatif seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, usahawan yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d. Mempunyai Halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siap siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e. Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan.
Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.


f. Kemahiran Berkomunikasi
Memang benar pepatah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah merupakan ‘kunci kata’ kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur meyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses 'meyakinkan' memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g. Fleksibel dan Mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.

DORONGAN LUARAN

a. Cabaran Ekonomi
Cabaran ekonomi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada akibat kehilangan pekerjaan, pertambahan bilangan keluarga ataupun kekangan sosial untuk meningkatkan status. Kadangkala, cabaran-cabaran ini telah melonjak individu daripada zon selesa mereka dan menghumban keluar individu daripada kepungan kepompong alam pekerjaan kepada alam perniagaan.

b. Kehadiran Peluang
Terdapat juga beberapa usahawan yang berjaya telah didorong melalui kewujudan peluang. Ini termasuk perniagaan yang berkaitan kontrak, francais, pembekalan dan seumpamanya. Golongan ini selalunya adalah professional yang berurusan dengan peniaga-peniaga yang tidak secara langsung didedahkan dengan dunia perniagaan.

c. Bimbingan
Memang mutakhir ini, kerajaan telah melahirkan ramai peniaga dan usahawan yang tergolong dalam kelas ini. Mereka ini memang dididik dan menerima bimbingan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Posted by Dato' Rozali Che Pin
http://info-bisnes.blogspot.com/

PERSEDIAAN menjadi USAHAWAN

Menceburi bidang perniagaan tanpa asas yang kukuh selalu menjerumus individu ke dalam situasi yang tidak menentu. Oleh itu, sebaik dan semampu mungkin usaha-usaha persediaan yang rapi perlu dilakukan demi menjamin kejayaan mutlak dapat dijana. Penyediaan dan persiapan yang dilakukan perlu meliputi aspek fizikal, material dan mental.

PRA-PERNIAGAAN

1. Mengumpul Maklumat
Pengumpulan maklumat adalah merupakan ‘kunci kejayaan’ kepada sebarang usahaniaga yang akan dijalankan. Analogi situasi berkenaan adalah seperti tentera yang bertempur dengan senjata dan tentera yang bertempur tanpa senjata.

Sumber maklumat boleh diperolehi dari pelbagai rujukan. Ia boleh diperolehi melalui program kursus, seminar, bahan bacaan dan petikan akhbar dan media elektronik termasuk internet. Dengan kewujudan pelbagai kementerian dan agensi yang ditubuhkan kerajaan, urusan untuk mengumpul maklumat adalah amat mudah dan menjimatkan masa dan wang.

2. Pilihan Bahaniaga
Pemilihan bahaniaga turut memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kejayaan suatu bidang perniagaan yang diceburi. Ini dapat dilakukan apabila kajian keperluan pengguna dan soalselidik dibuat terlebih dahulu. Ia tidak semestinya secara formal, tetapi boleh dilakukan melalui konsep tidak formal seperti tinjauan, perbualan, panggilan telefon, pemerhatian, Kajiselidik rambang dan juala percubaan.

Teknik lain yang boleh digunakan adalah mengkaji tahap percapaian pesaing. Tindakan ini adalah baik dan berkesan kerana dapat memastikan bukan sahaja tindakbalas pengguna, tetapi turut mendedahkan kelemahan pesaing, peluang dan juga nilai pasaran.

3. Pelan Perniagaan
Pelan perniagaan adalah merupakan kerangka kasar yang perlu disiapkan, dikaji, diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya, sebelum sesuatu perniagaan dilaksanakan. Ini mesti dibuat supaya usahawan mempunyai kesedaran terhadap risiko dan potensi yang akan diharumi dalam perniagaan berkenaan.

Umumnya tujuan pelan atau rancangan perniagaan itu disediakan adalah kerana:
a. Memberikan justifikasi terhadap objektif perniagaan berkenaan termasuk risiko dan potensinya.

b. Memberikan gambaran kasar mengenai kemampuan usahaniaga yang bakal dilakukan termasuk daya majunya.

c. Memberikan anggaran awal terhadap sumber-sumber yang diperlukan dalam melaksanakan usahaniaga berkenaan.

d. Menyakinkan pembiaya dan rakankongsi yang akan menyertai usahaniaga.

e. Menyediakan satu garis panduan pelaksanaan untuk diikuti supaya tidak tersasar dari maklamat asal.

f. Boleh menganggarkan saiz, bentuk dan lokasi projek supaya bersesuaian dengan kemampuan modal, gunatenaga dan kemantapan pasaran .

Pelan perniagaan yang mudah dapat disediakan mengikut format dibawah yang mengandungi 7 bahagian :-

Bahagian 1 : Tujuan rancangan perniagaan.
Bahagian 2 : Latar belakang perniagaan.
Bahagian 3 : Latar belakang ahli kongsi.
Bahagian 4 : Rancangan pentadbiran.
Bahagian 5 : Rancangan pemasaran.
Bahagian 6 : Rancamgan operasi perniagaan.
Bahagian 7 : Perancangan kewangan.

4. Lokasi Perniagaan
Bahaniaga yang baik belum tentu mencukupi untuk menarik pelanggan sekiranya lokasi perniagaan tidak terletak di tempat yang strategic. Keadaan ini selalu berlaku sekiranya lokasi perniagaan terletak di pusat membeli belah. Tinjauan perlu dilakukan dengan teliti untuk memilih lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung.

Sekiranya premis perniagaan ingin ditempatkan di tapak sendiri di luar pusat membeli belah, pastikan kemudahan intrastruktur yang cukup terdapat di lokasi. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan, talian telefon, air, elektrik dan tempat meletak kenderaan. Ini juga mestilah mudah dilihat dan dihubungi.

5. Mendaftar Perniagaan
Cabaran pertama usahawan IKS adalah untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Kebanyakan individu mengambil jalan mudah dengan membeli syarikat sedia ada atau menyerahkannya kepada pihak ketiga untuk melakukannya.

Ini sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan. Secara tidak langsung ia akan menyusutkan sumber modal sedia ada. Sedangkan wang berkenaan sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Panduan umum dan contoh praktikal bagaimana untuk mendaftar perniagaan dan borang-borang yang diperlukan mengikut jenisnya adalah seperti di Lampiran 2.
Turut dilampirkan di Lampiran 3 adalah senarai lokasi, alamat dan nombor telefon pejabat yang menguruskan pendaftaran perniagaan di seluruh Negara. Pengalaman mendaftarkan perniagaan sendiri adalah amat bermakna dan menjadikan anda lebih matang serta bersedia untu mengharungi kehidupan sebagai seorang usahawan.

Untuk mendaftarkan perniagaan tunggal dan perkongsian ia hanya perlu dilakukan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A) seperti Lampiran 4. Ia mestilah dilengkapkan mengikut maklumat yang diperlukan. Berikut adalah perkara-perkara lain yang perlu disertakan:-

a. Salinan fotostat kad pengenalan setiap rakankongsi.
b. Bayaran RM30.00 untuk pendaftaran perniagaan tunggal.
c. Bayaran tambahan RM50.00 untuk perniagaan perkongsian.
d. Bayaran tambahan RM5.00 untuk setiap cawangan baru yang dibuka.

Nama perniagaan – tempahan terhadap nama perniagaan perlu dilakukan sebelum diluluskan untuk tujuan pendaftaran kerana dikhuatiri nama-nama berkenaan menyerupai entiti perniagaan lain atau bertentangan dengan undang-undang. Borang pendaftaran nama perniagaan ini menggunakan Borang PNA 42.

Lain-lain borang yang berkaitan adalah:-

Borang B1 : Perubahan Alamat Perniagaan
Borang B2 : Perubahan Jenis Perniagaan
Borang B3 : Perubahan Maklumat Cawangan
Borang B4 : Perubahan Maklumat Pemilik
Borang C : Menamat dan Menutup Perniagaan

Jenis-jenis Perniagaan
a. Pemilikan Tunggal (Sole-Proprietor)
Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) (Akta 197). Entiti tunggal membawa maksud pernagaan ini adalah milik individu dan tidak melibatkan sebarang perkongsian. Kebanyakan peniaga kecil mendaftar perniagaan mereka untuk kali pertama di bawah kategori ini. Ia mudah, murah dan praktikal.

b. Perkongsian (Partnership)
Tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1978). Ia bermaksud perkongsian perniagaan di antara dua individu dan tidak melebihi 20 rakan kongsi seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 [seksyen 14(3)(b)].

c. Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad
Ia boleh ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan tidak melebihi 50 orang keahlian. Ia tertakluk di bawa Akta Syarikat 1965 [Seksyen 15(1b)]. Ia merupakan entiti sah dan terpisah dari segi liabiliti dengan individu-individu pemilik. Syarikat Berhad pula adalah syarikat awam yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham. Pengawalan dan pengawasan syarikat jenis ini lebih professional, ketat dan mahal.

Proses mendaftar syarikat adalah sama sebagaimana mendaftar perniagaan dan diuruskan oleh pihak yang sama iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dokumen tambahan yang diperlukan adalah Memorandum dan Artikel Syarikat. Berikut adalah jadual bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat:

Jumlah Modal Syer dan Bayaran Pendaftaran
Kurang dari RM100,000 atau tiada syer - RM1,000.00
RM100,000-RM500,000 - RM3,000.00
RM500,001-RM1,000,000 - RM5,000.00
RM1,000,001-RM5,000,000 - RM8,000.00
RM5,00,001-RM10,000,000 - RM10,000.00
RM10,000,001-RM25,000,000 - RM20,000.00
RM25,000,001-RM50,000,000 - RM40,000.00
RM50,000,001-RM100,000,000 - RM50,000.00
Melebihi RM 100,000,000 - RM70,000.00

d. Koperasi
Ia boleh ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk bekerjasama terutama berkaitan aktiviti yang bersifat kebajikan dan menjaga kepentingan ahli. Ia tertakluk di bawah Akta Koperasi 1948 (Pindaan 1993).

Lesen Dan Permit
Selain perlu mendaftarkan perniagaan dengan pendaftar perniagaan atau pendaftar syarikat, para peniaga juga perlu mematuhi pelbagai peraturan yang berkaitan dengan urusniaga mereka. Ini termasuklah keperluan lesen dan permit yang berkaitan bahaniaga, bidang perniagaan dan lokasi tapak.

Peraturan ini perlu dipatuhi supaya tidak menimbulkan sebarang halangan dan kesulitan yang mengganggu kelancaran perniagaan. Umumnya, lesen dan permit yang diperlukan adalah daripada Kementerian Kewangan. Kementerian dan Agensi Kerajaan yang kita terlibat dalam hubungan perniagaan. Ia termasuklah daripada pihak berkuasa tempatan yang meluluskan premis perniagaan, TNB yang meluluskan bekalan elektrik, Telekom yang menyediakan sambungan talian telekomunikasi.

Sekiranya peniaga melibatkan diri dalam produk makanan dan peruncitan, maka kelulusan permit daripada Kementerian Kesihatan, JAKIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (barang kawalan) adalah diperlukan. Selain itu, perniagaan yang berkaitan import dan eksport turut memerlukan kelulusan daripada pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Kursus dan Latihan Keusahawanan
Sebagai persiapan dan memantapkan diri sebagai seorang usahawan, ilmu keusahawanan dapat diperolehi menerusi Kursus dan latihan keusahawanan. Kerajaan menerusi agensinya menyediakan pelbagai kursus dan latihan keusahawanan untuk para usahawan, antara kursus diperingkat mula seperti kursus asas perniagaan yang dikendalikan oleh MARA di seluruh Malaysia.

Sumber Modal
Modal boleh diperolehi dari dua jenis sumber iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sumber dalaman adalah merupakan sumber peribadi yang diperolehi daripada hasil tabungan dan koleksi dalaman.

Manakala sumber luaran pula diperolehi daripada bantuan dana luaran yang berbentuk samaada pinjaman berjangka daripada institusi kewangan, bantuan badan kerajaan, subsidi ataupun geran, pinjaman peribadi dan pelaburan orang perseorangan atau rakan kongsi.

Selain dari itu kerajaan Malaysia amat komited dalam usaha-usaha untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra melalui pelbagai rancangan dan dasar yang diwujudkan. Dengan berakhirnya era Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991 dengan hasrat meneruskan usaha-usaha yang masih belum dicapai oleh DEB. Kerajaan juga telah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensinya.

Di bawah adalah ptogram-program yang dilaksanakan dan agensi pelaksananya.

Skim Usahawan Luar Bandar – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Program Vendor Elektronik – Proton
Program Pembangunan Francais – MECD
Program Kontraktor Wibawa – MECD
Program Latihan Keusahawanan
Tabung Pembiayaan Perniagaan Kecil, Skim Pinjaman CGC, MARA, Tabung Ekonomi Belia, TEKUN dsb
Program Usahawan Teknikal MARA
Program Usahawan Berjaya Utama – MEDEC
Skim Pembiayaan IKS
Modal Teroka – PUNB, PNS, MAVCAP
Skim Kilang Bimbingan – Bank Pembangunan Dan Industri, MARA
Skim Mentor–Menti – MECD
Program Penswastaan
Program Bimbingan Perniagaan
Program Usahawan Negara
Program Kontrak Pusat – Kementerian Kewangan
Program Vendor Perabot – Guthrie
Program Penyelidikan – MARDI
Program Perkampungan Perabot
Program Usahawan Muda – SEDC/MECD
Program Kaunseling Perniagaan – MEDEC
Program Vendor – Petronas, Telekom, TNB
Program Wira Mahir, Wira Usaha
Kelab Teknologi Bumiputra

Posted by Dato' Rozali Che Pin
http://info-bisnes.blogspot.com/

Saturday, May 1, 2010

Tips Perniagaan

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini...

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran.
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Pelaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda.
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk ataupun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat.
Walaupun anda mempunyai produk yang terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan.
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti.
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri.
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'.
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai perniagaan yang kecil, ini mungkin tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri daripada anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa.
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Thursday, April 29, 2010

MENGAPA USAHAWAN GAGAL?

Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.
Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Gagal mengurus aliran tunai.
Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

Suka bertangguh.

Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia mem-beri kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.

Mengambil mudah aspek persaingan.
Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

Strategi pemasaran yang tidak berkesan.
Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.

Khidmat pelanggan yang tidak cekap.

Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.
Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.

Kemahiran terhad.
Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.

Lokasi perniagaan tidak sesuai.

Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.

Tidak berfikiran jauh.

Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.

Kurang pengalaman.
Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

Kurang modal kewangan.

Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.

Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.
Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.

Terlalu tamak berkembang.
Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.

Tiada penyambung kejayaan.
Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.

Sikap negatif usahawan.

Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

Monday, April 19, 2010

HARGAILAH 5 PELUANG sebelum datang 5 PENGHALANG

Rebutlah lima peluang sebelum tibanya lima penghalang.

1. MUDA SEBELUM TUA.
2. SIHAT SEBELUM SAKIT.
3. KAYA SEBELUM MISKIN.
4. LAPANG SEBELUM SIBUK.
5. HIDUP SEBELUM MATI.


Tepat sekali pesanan Rasulullah saw;

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu;

(1) masa muda mu sebelum tua mu,
(2) masa sihat mu sebelum sakit mu,
(3) masa kaya mu sebelum miskin mu,
(4) masa lapang mu sebelum sibuk mu,
(5) masa hidup mu sebelum mati mu.
Riwayat Muslim

Ramai yang mensia-siakan masa muda, apabila sudah tua baru nak menyesal. Mungkin ada yang berkata," Kenapalah dulu aku malas belajar, kan hidup susah sekarang ni."

Ramai yang masa sihat tidak menjaga kesihatan, makan secara tidak sihat, merokok dan tidak bersenam. Apabila jatuh sakit, ada yang berkata, "Nyesalnya aku hisap rokok dulu, sekarang apa pun aku tak boleh makan."

Apabila ada wang yang lebih, ramai yang suka boros berbelanja dengan kad kredit dan berhutang macam orang kaya, tetapi apabila tidak terkawal, mulalah nak berjimat sebab dah miskin. Sepatutnya berjimat-cermat ketika ada wang yang banyak dan membuat simpanan untuk masa hadapan. Mungkin ada yang mengeluh, "Kenapalah aku bodoh sangat berbelanja yang bukan-bukan, aku kena berhenti merokok sebab banyak wang aku habis sebab rokok."

Semua manusia ada masa 24jam sehari, tetapi ramai yang membuang masa ketika waktu lapang dengan membuat perkara tidak berfaedah. Tetapi apabila tiba-tiba menjadi sibuk mulalah menyesal,"Pasal apa aku tak buat kerja tu dulu, aku asyik main 'computer games' jer, kan dah kena marah oleh bos."

Hidup hanya sekali, maka buatlah yang terbaik sebelum mati. Kalau mengaku Islam, amalkan ajaran Islam dalam hidup, Insya Allah syurga balasannya selepas mati.

Wednesday, April 14, 2010

Dunia BISNES ku...coretan...

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dulu arwah abahku adalah seorang pengurus bank Maybank dan mamiku adalah seorang usahawan 'hardware'. Arwah datukku pula semasa pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu adalah pekerja dobi dengan penjajah Jepun. Kerabat keluargaku yang terdekat juga menjadi kaya dengan bidang bisnes.

Dari kecil aku telah didedahkan dengan suasana bisnes. Aku sudah biasa dengan kehidupan di sebuah kedai, melayan pelanggan, menyusun stok, dan sebagainya. Tidak ramai usahawan Melayu yang mengusahakan bisnes 'hardware' kerana ia memerlukan modal yang besar dan jaringan pembekal dan pelanggan yang pelbagai.

Kini, perniagaan tersebut telah dijual dan menjadi sejarah disebabkan mamiku tidak mampu lagi mengusahakannya seorang diri kerana kehilangan orang tersayang dan terpaksa menyara tujuh orang anak yang masih kecil, harapan tinggal kenangan. Aku adalah anak sulong dan telah ditinggalkan pada usia 11 tahun lagi oleh orang tersayang. Kemudian aku dibela oleh bapa saudaraku dan aku diberi amanah supaya menguruskan sebuah pasar mini di kampong pada usia yang sangat muda.

Dalam usia muda, aku telah terdedah dengan budaya bisnes. Pengalaman menguruskan sebuah pasar mini bukan senang pada usia yang sangat muda. Di sana aku belajar melayan pelanggan, menjaga kaunter wang, menyusun dan menyemak stok dan sebagainya. Malangnya, pasar mini tersebut menghadapi penghujung hayatnya setelah pemilik berpindah ke tempat lain. Itu adalah pengajaran pertama dalam hidupku.

Selepas itu, semasa tinggal bersama nenek (kini arwah), aku membantunya menjual kueh tradisional Melayu Kelantan iaitu akok dan bahulu di kedai-kedai kopi di kampong. Bukan sahaja membantu menjualnya, aku juga turut terlibat dalam proses pembuatan secara tradisional. Malangnya, aku gagal untuk menguasai ilmu pembuatan kueh-mueh tersebut. Pengajaran yang aku dapat ialah kueh tradisional ini masih berpotensi dalam pasaran masyarakat moden jika diusahakan dengan bersungguh dan bersistematik. Semasa di kampong itu juga, aku berpeluang bekerja di kilang pembuatan pasu bunga secara tradisional milik datuk saudaraku.

Semasa di sekolah menengah di kampongku, selain dilantik menjadi ketua kelas, aku adalah ahli koperasi di sekolah. Di sana aku terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan kepada para pelajar seperti alat tulis, buku-buku dan fotokopi.

Semasa bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa pula, aku telah menyertai Program Usahawan Muda (PUM). Peserta program telah menubuhkan syarikat perniagaan olok-olok dengan melalui prosedur yang sebenar dengan empat buah syarikat kesemuanya. Setiap syarikat telah diberikan seorang mentor professional daripada pakar ekonomi negara. Mereka memberikan komitmen yang tinggi terhadap program tersebut. Aku telah dilantik sebagai eksekutif kewangan kerana aku mengambil subjek Prinsip Akaun untuk SPM. Aku bersama ketua eksekutif dan eksekutif yang lain bersama-sama dengan ahli-ahli syarikat telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan di dalam premis sekolah. Para pelanggan terdiri daripada kawan-kawan seangkatan di asrama, guru-guru dan staf sekolah. Produk kami ialah ayam proses segar, makanan dan minuman segera seperti keropok, mee segera, air kotak dan tin dan sebagainya. Kami juga telah membuka gerai burger semasa ada pameran di sekolah. Keputusan pada akhir program, syarikat kami telah dipilih sebagai syarikat yang paling berjaya kerana mendapatkan pulangan yang tertinggi untuk ahli-ahli syarikat.

Itu pengalaman di sekolah, di universiti aku tidak bergiat aktif sangat disebabkan bebanan kuliah, maklumlah pelajar kejuruteraan. Ada sesekali aku terlibat membantu kawan-kawan menjual ketika pesta konvokesyen dijalankan. Di sana aku terlibat dengan PALAPES sehingga 4 tahun perkhidmatan.

Selepas tamat pengajian di universiti, tempoh paling getir telah aku tempuhi kerana zaman kegawatan masih berlaku. Semasa dalam tempoh mencari, aku bekerja dengan sebuah syarikat menjual komputer sebagai ejen yang terlibat semasa kempen pengeluaran wang KWSP. Setelah pahit getir mencari pekerjaan di tanah kelahiranku, akhirnya aku dapat bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat kontraktor bumiputera. Aku telah diamanahkan untuk menguruskan beberapa projek di premis kerajaan termasuklah projek pembinaan terminal baru lapangan terbang. Aku tidak lama di syarikat tersebut kerana wujud masalah tidak puas hati terhadap majikanku.

Kemudian, aku menganggur lagi dan terus mencari peluang dan ruang untuk kelangsungan hidup. Aku telah mengambil ujian untuk menjadi ejen insurans konvensional dan bergerak secara berkumpulan dan solo. Aku juga pernah bekerja sebagai ejen jualan langsung SLM dengan pelbagai produk jualan seperti buku dan alat mainan kanak-kanak, peralatan rumah dan sebagainya. Aku bekerja secara berkumpulan dan berjalan merata tempat di bandar-bandar hampir seluruh Kelantan.

Kemudian aku dapat tawaran bekerja sebagai seorang guru ganti mengajar subjek Matematik Moden dan Tambahan di sekolah perempuan di bandar Kota Bharu. Setelah habis kontrak, aku bekerja pula sebagai wakil sebuah syarikat menjual buku pendidikan Inggeris di sekolah-sekolah. Aku juga pernah terjebak dengan tidak sengaja ke dalam kumpulan 'gores dan menang' untuk memperdayakan orang-orang kampong di Besut, Terengganu. Ketika itu, aku berasa tertipu oleh majikan aku kerana macam memperbodohkan orang kampong. Akhirnya, aku telah memporak-perandakan rancangan mereka seterusnya. Aku juga pernah terlibat dengan Skim Sangkutan Lanjutan (SSL) dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dengan elaun RM500 sebulan.

Setelah puas meneroka negeri kelahiranku, aku membawa diri ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Di sana aku mengikuti kursus komputer anjuran Skim Lanjutan Graduan (SLG) dengan elaun RM500 sebulan. Di sana aku tinggal di sebuah kedai makan dan bekerja di sana. Aku bekerja sebagai pelayan selain menyediakan nasi ayam dan air kelapa serta membasuh pinggan mangkuk. Semasa kursus aku telah mengenali isteri aku sekarang.

Hampir 3 tahun aku mengumpul pengalaman mengenal erti kehidupan dan kemahiran yang tidak boleh dibeli. Kemudian aku menyertai sesi pemilihan untuk bekerja dengan kerajaan, aku telah lulus mendapatkan kerjaya idamanku dan kini bekerja di Kuala Lumpur. Kehidupan di kota memang memeritkan tapi inilah lubuk rezeki bagi mereka yang rajin dan cekal. Dulu aku bekerja sebagai ejen insurans konvensional, kini aku memilih sebagai wakil takaful separuh masa pula kerana atas kesedaran hukum syarak. Di sini aku telah banyak terdedah dengan bisnes MLM, beberapa syarikat telah aku sertai tetapi separuh jalan sahaja, bukan salah syarikat tetapi diriku yang kurang bernasib baik.

Kehidupan mesti diteruskan juga, pendapatan sampingan perlu dicari bagi menambah pendapatan sedia ada. Bukan gajiku kecil tetapi dengan gaji tersebut aku hanya boleh senang sahaja, cukup makan. Hendak menghantar mamiku atau mertuaku ke Mekah, jangan haraplah dengan gajiku ini atau hendak melancong ke luar negara jauh sekali.

Aku memaksa isteriku yang bekerja makan gaji dengan firma perancang bandar agar berhenti kerana gajinya pun tidak seberapa sebagai kerani kewangan. Maka isteriku menyertai Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran MECD dengan kerjasama SME Bank setelah nama syarikat kami didaftarkan dengan SSM. Perancanganku sewaktu itu ialah membuka sebuah perniagaan perkhidmatan, kedai dobi. Perniagaan ini dipilih kerana berpotensi besar untuk maju kerana permintaan yang tinggi dalam pasaran di kota.

Kertas kerja untuk permohonan pembiayaan telah diluluskan tetapi malangnya proses untuk mendapatkan peruntukan pertama secara berperingkat mengambil masa hampir setahun. Keadaan ini seolah-olah tidak adil kepada bakal usahawan muda. Perancangan cantik di atas kertas hanya menjadi 'sampah' sahaja. Cuba bayangkan, kalau aku tidak bekerja dan terpaksa membayar sewa kedai dan bil utiliti walaupun bisnes belum mula. Habis wang simpanan aku dan anak-anak menjadi mangsa, aku mengharapkan pihak kerajaan memandang serius perkara ini.

Kini, hampir 3 tahun bisnes dobi aku dijalankan, alhamdulillah berkat kesabaran dan kecekalan hatiku. Pasaran hanya bergantung kepada pelanggan 'walk-in' sahaja. Insya Allah dalam masa terdekat aku akan membuka cawangan kedaiku di kawasan berhampiran dan harapan dapat masuk kontrak kerajaan dan swasta. Dalam bisnes ini, aku telah mengenali pelbagai karekter manusia di kalangan pelangganku dan pesaingku. Aku percaya jika kita hendakkan sesuatu mesti ada jalan yang mesti kita lalui untuk sampai ke sana.

Di samping itu, aku menyertai semula perniagaan MLM dengan syarikat yang semakin kukuh dengan produk yang terbaik di pasaran selain pelan pemasaran yang hebat. Dalam bisnes MLM ini kita hendaklah yakin dengan pelan pemasaran syarikat dan mencontohi pemimpin yang telah berjaya. Bagi mereka yang bergaji dan ingin menambah pendapatan sampingan, bisnes MLMlah yang paling sesuai kerana ia tidak terikat dengan masa dan kos 'overhead' berbanding dengan bisnes konvensional. Tetapi jangan mudah terpedaya dengan pulangan yang melampau-lampau tanpa usaha yang gigih kerana secara logiknya pihak lain tidak akan memberi anda pulangan yang sangat lumayan jika anda tidak berusaha gigih. Jenis manusia 4D (Duduk Diam Dapat Duit) atau 'tailor' iaitu goyang kaki dapat duit tidak sesuai menyertai bisnes MLM kerana malas berusaha dengan keringat sendiri. Berhati-hatilah juga dengan sistem piramid yang bersifat tidak adil kepada rakan kongsi bawahan. Harus kita ingat sistem bekerja dengan gaji sama ada dalam sektor kerajaan atau juga swasta adalah sistem piramid juga, anda bekerja kuat, bos anda yang dapat habuannya, betul tak? Kalau tidak betul maafkan aku.

Apa yang penting kita mesti amalkan sifat-sifat mahmudah dalam bisnes seperti amanah dan jujur dengan pelanggan, menyampaikan perkara yang baik selain mencari ilmu perniagaan yang bersangkutan dan memahirkan diri dalam bidang IT dan akhir sekali berserahlah kepadaNya. Wahai saudara dan sahabatku, tingkatkanlah usaha dalam mencari rezeki untuk kelurga kerana Malaysia adalah negara tumpah darah kita, kuasailah pelbagai ilmu dan jangan biarkan bangsa lain memperlekehkan kita.

Aku sudah puas hidup dalam kesusahan. Cita-citaku ingin menjadi seorang JUTAWAN dan DERMAWAN. Kini, giliran aku untuk membantu golongan yang berada dalam kesusahan. Inilah coretan duniaku dalam bisnes.

Bisnes adalah sunnah...

Tuesday, April 6, 2010

Ternakan KAMBING















Pengenalan
Kambing atau bebiri adalah sinonim dengan aktiviti mengembala oleh para nabi. Nabi junjungan s.a.w. merupakan pengembala kambing sejak dari remaja sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.

Nabi gemar memakan daging dan meminum susu kambing kerana khasiatnya yang tinggi. Maka, memakan daging dan meminum susu kambing merupakan sunnah yang perlu diamalkan. Sebagai orang yang beriman, kita mesti yakin dengan sunnah. Mengikut kajian saintifik, khasiat daging dan susu kambing lebih baik daripada lembu. Maka, memakan daging dan meminum susu kambing bukan sahaja mendapat pahala daripada amalan sunnah, namun badan mendapat zat yang baik untuk kesihatan badan.

Ada pihak yang anti-Islam cuba menyebarkan fahaman bahawa memakan daging atau meminum susu kambing akan menyebabkan penyakit yang kronik seperti darah tinggi atau penyakit lain.

Pasaran














Tidak semua orang boleh memakan daging kambing atas alasan kesihatan atau memang jenis tidak makan daging seperti 'vegetarian'. Namun demikian, permintaan terhadap bekalan daging kambing ini memang sentiasa tidak mencukupi.

Di negara kita Malaysia, permintaan terhadap bekalan daging kambing sangat tinggi sehinggakan penternak tempatan masih gagal untuk memenuhi permintaan tersebut. Permintaan makin memuncak apabila tiba musim perayaan terutama Hari Raya Idul Fitri dan Adha untuk tujuan jamuan raya, kenduri kahwin, aqiqah dan korban sehinggakan pihak kerajaan terpaksa mengimport bekalan daging kambing daripada luar negara seperti Australia.

Potensi penternakan kambing atau bebiri untuk para dan bakal usahawan ternak amat besar untuk diterokai. Pihak kerajaan banyak menyediakan kemudahan pembiayaan untuk memulakan bisnes penternakan ini melalui Agro Bank, Tekun, MARA dan sebagainya.

Baka-baka yang baik seperti Boer dan Jamnapari mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para usahawan ternak. Bisnes penternakan ini juga dapat membantu bisnes-bisnes sokongan lain seperti tanaman jagung, rumput, baja organik serta bahan buangan daripada ladang kelapa sawit seperti pelepah yang boleh dijadikan makanan alternatif.

Kambing adalah sejenis haiwan yang 'degil', kepada sesiapa yang ingin melaburkan wang ringgit dalam bisnes penternakan ini hendaklah 'berhati kering'. Potensi terbentang luas, cuma komitmen dan kesabaran menempuh segala halangan mesti diteruskan. Selamat berjaya sebagai 'pengembala kambing' moden.

Pelaburan AROWANA

Pengenalan



Ikan AROWANA atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia, Australia dan Amerika Selatan. Jenis arowana dan habitat asalnya adalah seperti di bawah :

1. Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan):
- Kelisa emas (Malaysian golden/crossback)
- Kelisa merah
- Kelisa hijau/kuning

2.Ausralian arowana
- Kelisa mutiara (pearl arowana)

3.South American Arowana
- Kelisa perak (silver arowana)
- Kelisa hitam (black arowana)


Kelisa emas adalah merupakan spesis yang dilindungi oleh CITES iaitu suatu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana diancam kepupusan. Kelisa emas ini pula hanya terdapat di Indonesia dan Malaysia sahaja. Dari segi kualiti, Kelisa emas Malaysia atau lebih dikenali sebagai 'Malaysian Golden/crossback golden' adalah lebih berkualiti kerana memiliki sisik emas penuh (6 jalur) berbanding kelisa emas Indonesia (4-5 jalur sahaja).

Selain itu, masyarakat Cina juga mempercayai ikan ini mampu membawa tuah dan mereka percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos Cina. Kedua-dua faktor di atas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, China, Jepun, Hong Kong, Kanada dan lain-lain.


Pelaburan

BERDASARKAN laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan Malaysia telah berkembang dengan pesat.

Ini berdasarkan statistik anggaran tahun 2008 bahawa pengeluaran dari industri ikan hiasan adalah 733 juta ekor ikan.

Salah satu spesies ikan hiasan utama negara adalah ikan arowana (Scleropages formosus) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti industri ikan arowana sebagai salah satu industri bernilai tinggi.

Bagi memastikan pembangunan industri ikan arowana yang berterusan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Pelan Pengurusan Pemuliharaan Ikan Arowana di Tasik Bukit Merah supaya habitat asal ikan arowana ini dapat dipulihara.

EMAS berenang dengan warna yang pelbagai dan dianggap membawa tuah. Mungkin itu kata-kata paling tepat menggambarkan bagaimana ikan arowana terlalu berharga.

Sebab itu, industri ini semakin menarik minat mereka yang berkemampuan untuk melabur, kerana melihat potensinya yang boleh menjana keuntungan lumayan.

Sebab itu, banyak syarikat telah membuat pelaburan sama ada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan, dan jumlahnya semakin meningkat terutama di kawasan Bukit Merah.

Kawasan ini terkenal sebagai pusat ternakan ikan kelisa kerana kesesuaian airnya dengan pH antara 6.8 dan 7.4 dari tasik berhampiran, di mana kesemua kawasan ternakan pada asalnya merupakan bendang sawah.


Sistem pawah banyak digunakan oleh para usahawan yang membuka kolam penternakan untuk para pelabur yang berminat. Kebiasaannya syarikat akan menyediakan beberapa pakej dengan pelbagai jenis baka induk di mana setiap pakej merangkumi 20 ekor induk. Purata harga setiap induk ialah RM5,000. Induk yang paling mahal dan digemari ialah baka Malaysian Golden.


Setiap pakej akan dikhaskan dengan sebuah kolam untuk seorang pelabur sahaja. Setiap pakej menawarkan kontrak lima tahun dengan penyelenggaraan dan makanan dibiayai oleh syarikat. Selepas hasil tuaian, anak-anak ikan daripada induk akan dibahagikan dengan nisbah 50 peratus antara pelabur dengan syarikat. Anak-anak ikan ini akan dieksport ke luar negara atau boleh juga dibesarkan menjadi induk baru.

Potensi perniagaan dan pelaburan ikan purba ini sangat cerah dan pelabur yang mampu dan berminat boleh menambah pendapatan sampingan atau menjadikan ia sebagai pendapatan tetap untuk menyara hidup.

Tetapi, berhati-hatilah dengan skim atau pakej yang ditawarkan kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan cuba menipu orang ramai dengan tawaran palsu. Buat kajian dahulu, melaburlah dengan syarikat yang sah dan diyakini ramai. Selamat melabur dalam bisnes penternakan ikan purba ini.

Pasar MALAM










Sebut sahaja pasar malam, pasti semua orang tahu mengenainya. Kebanyakan rakyat marhaen pernah mengunjunginya untuk mendapatkan barangan keperluan harian, makanan dan minuman serta pakaian.

Walaupun gedung-gedung perniagaan telah banyak bertapak di Malaysia, namun pasaran untuk pasar malam tetap ada. Boleh dikatakan di setiap pinggir bandar atau taman perumahan terdapat banyak lokasi yang dikhaskan oleh PBT untuk dijadikan medan pasar malam.

Majoriti peniaga pasar malam terdiri daripada kaum Melayu serta Cina dan amat sedikit kaum India. Di sinilah kita akan menemui pelbagai menu makanan Malaysia daripada Kelantan, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan, setiap pasar malam sentiasa meriah kecuali pada hari hujan lebat. Maklumlah bisnes pasar malam ini sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Payung yang disediakan hanya mampu untuk melindungi barang-barang jualan sahaja.

Kebiasaannya, apabila tiba waktu pasar malam, jalan yang melalui kawasan berdekatan akan mengalami kesesakan jalan raya akibat jumlah kereta yang bertambah dan diburukkan lagi dengan keadaan kereta yang dipakir di tepi jalan akibat tiada ruang pakir.

Pasar malam mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dan dijadikan produk pelancongan Malaysia. Tentu ramai yang tidak tahu, ada peniaga pasar malam telah menjadi jutawan secara senyap hasil daripada jualan mereka setiap malam di merata tempat. Jualan mereka mungkin hanya apam balik atau nasi campur sahaja. Malahan bertambah mewah pendapatan mereka kerana tidak dikenakan cukai pendapatan, manakan tidak pendapatan mereka tidak diisytiharkan kepada LHDN.


Pasar Larut Malam

Pasar Larut Malam konsepnya hampir sama seperti pasar malam biasa, cuma masa beroperasi mungkin sampai awal pagi. Terdapat satu pasar malam seperti ini yang semakin dikenali penduduk tempatan malah pelancong dalam negara iaitu Pasar Malam Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan.

Pasar malam ini menjadi salah satu aset pelancongan negeri Kelantan kerana kepelbagaian produk jualan dengan mengekalkan budaya dan identiti tempatan. Pelbagai produk pakaian tempatan dan luar negara termasuk dari negara jiran boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.

Apa yang membezakan pasar malam ini dengan pasar malam lain ialah khemahnya yang piawai kepada semua peniaga. Tiada lagi peniaga yang menggunakan set generator untuk mendapatkan bekalan elektrik untuk lampu dan sebagainya kerana bekalan kuasa daripada TNB telah disediakan secara sistematik. Pengurusan dan pemantauan dilakukan oleh pihak PBT dengan sewaan secara bulanan. Ada satu perkara yang paling menarik, semasa tiba waktu solat Maghrib dan Isyak, para peniaga tidak digalakkan berurusniaga dan digalakkan pergi ke surau yang dibina khas berdekatan dengan medan pasar malam untuk solat berjemaah.

Boleh dikatakan pasar malam ini adalah yang terbesar di Malaysia, lebih bersistematik dan lebih Islamik.


Pasar UpTown

Kini muncul lagi konsep pasar malam yang berlainan iaitu pasar atau bazar uptown. Konsepnya lebih kepada jualan kering iaitu produk-produk pakaian, aksesori rumah dan kereta, alat mainan kanak-kanak dan sebagainya.

Kebanyakan produk di sini adalah lebih terkini dan para pelanggan boleh membuat pilihan secara bijak.

Konsep pasar ini lebih terkenal di Lembah Klang seperti di Danau Kota dan Sri Gombak. Kebiasaannya, pasar atau bazar ini beroperasi selama 6 hari seminggu dan diuruskan oleh pihak PBT. Bayaran tapak jualan adalah secara bulanan dan peserta diberikan khemah yang piawai untuk setiap lot yang disewa.

Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 9 malam sehingga 3 pagi. Perniagaan ini memberi ruang kepada warga kota untuk membeli-belah sehingga larut malam. Bazar ini telah memberi peluang kepada usahawan-usahawan Bumiputera untuk berbisnes dengan pelbagai produk yang menarik.

Bisnes MLM










Apabila memperkatakan bisnes MLM, pasti ada yang berbangga dengannya kerana telah berjaya mengubah kehidupan 360 darjah dan tidak kurang juga yang fobia mendengarnya kerana pernah gagal dalam perjuangan. Bisnes MLM masih asing lagi di kalangan warga Malaysia mungkin disebabkan mereka masih belum terdedah sepenuhnya dengan budaya bisnes alternatif ini. Tambahan pula bukan semua yang meminati bisnes sama ada bisnes secara konvensional, kontrak, jualan secara langsung sama ada SLM atau MLM kerana mereka lebih senang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta dengan gaji bulanan.

MLM atau Multi Level Marketing adalah salah satu cabang bisnes secara jualan langsung yang amat berbeza dengan SLM atau Single Level Marketing. MLM adalah Pemasaran Berbilang Tingkat di mana pengedar atau usahawan perlu mencari rakan kongsi atau lebih dikenali sebagai 'downline' di mana secara mudah bermakna mengedar produk atau perkhidmatan dari syarikat kepada pelanggan melalui ahli atau pengedar. Pengedar akan dibayar bonus, mengikut tingkat, di atas usaha mereka mengedar barangan atau perkhidmatan. Jumlah bonus yang akan diterima bergantung kepada usaha masing-masing. Justeru tidak hairanlah seseorang itu boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak daripada individu yang menaja mereka. Manakala, SLM ialah bisnes di mana pengedarnya hanya mendapat keuntungan runcit sahaja di atas jualan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Secara logiknya, kalau hendakkan untung besar, kenalah menjual dengan banyak. Anda mampu buat?

Orang ramai selalu terkeliru dan menganggap MLM adalah skim piramid cepat kaya. Skim piramid cepat kaya adalah haram di sisi undang-undang, manakala MLM pula sah di sisi undang-undang. Justeru Kerajaan mensyaratkan syarikat yang ingin menjalankan perniagaan MLM mempunyai lesen jualan langsung dalam kategori MLM. Syarikat yang menggunakan sistem piramid skim cepat kaya tidak akan diberi lesen oleh pihak Kerajaan. Kini Kerajaan sedang membuat pindaan terhadap AJL supaya rakyat tidak mudah tertipu atau dapat dibela apabila ditipu oleh pihak yang tamak. Rakyat digalakkan supaya menyertai bisnes MLM untuk menambah pendapatan sampingan kerana bisnes ini juga telah menyumbangkan pendapatan besar kepada Negara.

Tidak dapat dinafikan ramai yang telah berjaya menjadi jutawan hasil daripada bekerja kuat dalam bisnes MLM, ada yang menjadi jutawan dalam tempoh tidak sampai setahun pun dan menjadikan bisnes ini sebagai kerjaya baru sepenuh masa setelah dahulunya sebagai punca pendapatan sampingan sahaja. Ramai kaum Melayu yang menyertai bisnes ini secara sampingan sahaja di mana majoritinya bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta telah menjadi jutawan. Secara tidak langsung ia telah menaikkan taraf hidup sosioekonomi kaum Bumiputera Melayu Islam menjadi lebih stabil.

Ramai yang menyertai bisnes MLM ini pada asalnya ingin menambah pendapatan sedia ada sahaja kerana desakan hidup di kota telah menuntut warganya untuk bekerja lebih kuat dan bijak. Atas desakan hidup di kota, ada yang membuat pelbagai kerja atau bisnes sampingan seperti pemandu teksi, pekerja mahir secara 'freelance', jual nasi lemak, mengasuh kanak-kanak, menjadi ejen insurans atau wakil takaful dan yang paling berprestij ialah bisnes MLM. Bisnes ini amat sesuai kepada mereka yang masih bekerja untuk menambah pendapatan kerana masanya yang tidak terhad.

Produk syarikat MLM kebanyakkannya adalah produk kesihatan seperti makanan dan minuman tambahan seperti kopi, madu dan sebagainya, barangan keperluan rumah seperti penapis air, bahan pencuci dan sebagainya serta barangan wanita seperti kosmetik dan pakaian dalam. Kebanyakan produk yang dijual telah disahkan halal oleh pihak yang berkelayakan atau menepati piawaian GMP atau mendapat status 'superbrands'. Pengedar boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran di gedung-gedung besar seperti Mydin, Giant, Carrefour atau Tesco selain dapat mengumpul mata dan yang lebih penting mendapat peluang kenaikan pangkat.

Jika dibandingkan bisnes MLM dengan konvensional, bisnes MLM lebih selamat kerana tiada risiko besar di mana modal untuk bisnes konvensional amat besar selain setiap bulan perlu membayar kos 'overhead' kepada bank, pemilik kedai, air, elektrik dan sebagainya. Pendek kata, modal besar, risiko pun besarlah. Bisnes konvensional seperti bisnes jualan produk atau perkhidmatan seperti kedai runcit, restoran, kedai 'hardware', kedai dobi, tadika dan sebagainya memerlukan komitmen yang amat tinggi dan amat tidak sesuai kepada golongan yang ingin menambah pendapatan sampingan sekiranya mereka masih bekerja 'makan gaji'. Begitu juga dengan bisnes penternakan atau pertanian, anda memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mengusahakannya di samping risiko yang besar, kalau berjaya mengharunginya, anda mampu tersenyum puas. Bisnes MLM adalah bisnes secara 'teamwork' untuk mencapai matlamat yang sama tidak seperti bisnes konvensional di mana anda bekerja kuat seorang diri dan hanya anda yang dapat habuannya. Pendek kata, bisnes MLMlah yang sesuai untuk mereka yang masih bekerja sebagai 'kuli' kepada majikan anda.

Bagi memberi motivasi kepada pengedar atau usahawan untuk bekerja lebih kuat, kebanyakan syarikat MLM memberi habuan yang lumayan berupa melancong ke luar negara atau Umrah dan juga tabung kereta mewah. Ramai yang telah berjaya menyahut cabaran dan merebut peluang yang ditawarkan dan berpuas hati dengan pengorbanan yang dilakukan.

Ada syarikat MLM yang telah berjaya disenaraikan di Papan Utama BSKL seperti syarikat Hai-O dan Amway serta menerima pelbagai anugerah di peringkat negara dan Asia serta dunia. Syarikat terulung yang telah dikategorikan sebagai MLMS (Multi Level Marketing Syariah) ialah syarikat HPA iaitu syarikat Bumiputera Muslim yang berasal dari Perlis. Syarikat yang terkenal dengan kopi 'mai secawan' ini terus gah di persada negara dengan pelbagai cabang bisnes lain seperti restoran RFC, RCH, kedai dobi, hotel dan sebagainya.

Setiap syarikat MLM mempunyai 'killer product' dan pelan pemasaran yang tersendiri dan ini menjadi rahsia kekuatan sesebuah syarikat. Jika anda berminat ingin menambah pendapatan sampingan, sertailah syarikat MLM terbaik dengan pemimpin yang baik. Dengar kata pemimpin anda kerana pemimpin anda telah berjaya mengharungi segala rintangan yang ada, bak kata pepatah jika ingin berjaya ikutlah cara orang yang telah berjaya. Selamat berjaya dalam bisnes MLM.