Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Tuesday, January 11, 2011

Rahsia bisnes TASKA & TADIKA

Disebabkan permintaan yang sedia ada serta faktor yang mendesak, perniagaan Taska & Tadika dilihat sebagai satu keperluan dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh para ibubapa pada masa kini dan akan datang.

Kebanyakan ibubapa akan memilih untuk menghantar anak mereka yang berumur 2 bulan hingga 4 tahun ke Taska manakala anak yang berumur 5 tahun hingga 6 tahun ke Tadika demi menggalas tanggungjawab mereka sebagai pengasuh, penjaga serta pendidik ketika mereka sedang bekerja.

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa perniagaan Taska & Tadika adalah perniagaan ‘Sun Rise Business’ iaitu perniagaan yang akan sentiasa mempunyai pelanggan.

1. Apakah Itu Taska?

-TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak.
-Taska boleh didefinisikan sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah.”
-TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
-Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Apakah Itu Tadika?

-Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak.
-Tadika boleh didefinasikan sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.”
-Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta.
-Oleh yang demikian semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).

3. Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika

-Pendaftaran – TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan TADIKA berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
-Persekitaran yang bersih dan selamat – Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan.
-Lokasi – Pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi.
-Warna – Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
-Program & aktiviti yang berkualiti – Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak.
-Insuran – Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanak- kanak di bawah jagaan mereka.
-Fardu Ain @ Iqra’ – Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra’.
-Perkhidmatan Pengangkutan – Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka.

untuk info lanjut, sila layari URL ini;
http://www.BengkelTaskaTadika.com/index.php?ref=pasti77
http://www.BengkelTaskaTadika.com/index.php?ref=pasti77
http://www.BengkelTaskaTadika.com/index.php?ref=pasti77

Monday, January 3, 2011

7 Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan

Salam kepada semua pembaca dan usahawan semua, dan selamat tahun baru Hijrah 1432 dan Masihi 2011. Semoga tahun baru ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan bisnes.

Bercakap mengenai bisnes, saya ingin berkongsi idea dan pengalaman jutawan internet terkenal tahah air iaitu Irfan Khairi. Beliau berkata ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan namun ramai juga usahawan yang berjaya dalam bisnes masing-masing. Sempena dengan tahun baru ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan Irfan Khairi mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat beliau senaraikan.

Menurut tips beliau; untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.