Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Tuesday, November 3, 2009

Pokok Gaharu

Pokok Gaharu atau nama lain Depu, Karas dan Agarwood memang sudah dikenali oleh pedagang minyak wangi terutama dari negara Timur Tengah dan Eropah. Ia telah menjadi barang dagangan yang penting pada suatu ketika dahulu. Kini, ia masih relevan untuk didagangkan oleh saudagar-saudagar minyak wangi. Pendek kata, selagi ada keperluan manusia untuk minyak wangi badan, selagi itulah 'pokok emas' ini menjadi buruan.

Pokok ini hidup dengan subur di hutan hujan tropika khatulistiwa seperti di Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Kini, pokok tersebut ditanam di ladang terutama di Thailand dan Vietnam. Di Malaysia, tanaman ini belum mendapat perhatian yang tinggi oleh kerajaan kecuali Kerajaan Kelantan yang telah membuka 1,000 ekar tanah di Gua Musang untuk tujuan penanaman secara komersial.

Pokok ini amat sesuai ditanam di kawasan hutan primer, sekunder dan tanah terbiar. Kini, anak benih pokok ini boleh didapati dalam pasaran tempatan dengan harga yang semakin tinggi semenjak ia mula dikenali rakyat tempatan. Tempoh penanaman sehingga proses penuaian adalah dalam tempoh seawal 5 tahun.

Bagi meningkatkan hasil tuaian gaharu, terdapat beberapa teknik yang dilakukan termasuklah menyuntik vaksin ke dalam teras. Mengikut harga pasaran semasa, harga sekilogram gaharu boleh mencecah RM25,000 mengikut gred paling berkualiti. Menurut pakar, semakin gelap gaharu yang dijual semakin tinggi nilai pasarannya.

Saya ada memasang cita-cita untuk terlibat dalam industri penanaman pokok gaharu ini. Sekarang sedang mengumpul info penting tentang kelebihan dan kekurangan penanaman pokok emas ini. Pelbagai input berguna boleh didapati daripada forum yang berkenaan.

Saya bakal mempunyai sebidang tanah seluas 24 ekar (4 lot) untuk tujuan bisnes ini. Tanah tersebut amat sesuai untuk tanaman ini memandangkan ia terletak di kawasan terpencil iaitu hutan sekunder dan tanaman getah. Tanah yang dimaksudkan adalah di daerah Dabong, Kelantan berdekatan Jalan Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

















2 comments:

  1. pelaburan berbaloi ni...

    ReplyDelete
  2. memang berbaloi.kat gopeng pun ada orang tanam pokok gaharu ni.besar giler ladangnya.aku pun berhajat tapi kena dapatkan tanah dulu baru leh teruskan hajat.

    ReplyDelete