Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif


Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Awal-awal dulu masa baru Internet bermula sekitar 1994, sebelum adanya Google. Sebelum perniagaan Internet popular. Saya ingat lagi masa tu, Yahoo sahaja yang paling popular, dan laman web saya sering buat rujukan adalah HotWired.

Zaman itu juga, tiada banyak perniagaan Internet. persaingan adalah amat rendah. Saya bermula perniagaan Internet sekitar 1998, dah 12 tahun!

Internet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak. Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik.

Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

Saya pasti, anda pun sering tak endahkan iklan-iklan yang terdapat di Internet dan kurang klik pada iklan-iklan tersebut (tambahan zaman ni banyak juga iklan-iklan buat-duit-cepat-kaya)

So, bagi usahawan Internet, apa yang perlu di lakukan?

Zaman ini, kita tidak boleh bergantung pada pengiklanan sahaja. Usahawan Internet perlu lebih aktif menggunakan interaksi di Internet seperti menggunakan blog, forum, facebook, youtube, ebook, twitter, dan lain-lain. Iklan di Internet sering dilihat sebagai “satu hala” dan menjadi semakin tidak efektif. Manakala interaksi pula adalah “dua hala” dan memudahkan usahawan perniagaan Internet menarik perhatian prospek.

Sunday, November 1, 2009

Takaful Ikhlas





“BAGILAH YANG TERBAIK UNTUK INSAN TERSAYANG KETIKA ANDA MASIH MAMPU MELAKUKANNYA...”

Lindungilah kewangan dan keluarga tersayang anda.... Ekonomi global semakin gawat...Badan anda masih sihat dan kuat?!... Anda masih ada peluang lagi...bertindaklah sekarang...

Anda seorang Muslim? Kalau ya, anda ada banyak pilihan perlindungan kewangan yang mengikut Hukum Syara’ iaitu TAKAFUL...kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan insurans konvensional adalah HARAM untuk umat Islam.

Dengan jumlah sumbangan bulanan yang bergantung kepada kemampuan, anda bukan sahaja mendapat perlindungan kewangan untuk keluarga malahan dana penyakit kritikal, pampasan kemalangan, khairat kematian, manfaat harian hospital, pelaburan dan simpanan tunai apabila matang (dana persaraan), beramal jariah dalam konsep tabarru’ (derma) serta pelepasan cukai KWSP.

Bagi simpanan untuk pendidikan tinggi anak, hadiah RM100 setiap ‘A’ untuk UPSR, PMR dan SPM, dan banyak lagi manfaat yang bakal diperolehi bergantung kepada sumbangan bulanan anda. Kenapa anak anda perlu meminjam sedangkan anda mampu menyimpan untuknya dari sekarang???

Tiada istilah ‘bayaran’ dalam takaful keluarga kerana setiap sumbangan anda adalah hak anda, simpanan boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan perlindungan...

Sertailah jemaah kami sebagai peserta yang bertuah kerana syarikat kami adalah penyedia takaful yang terunggul di Malaysia...


“Langit tidak sentiasa cerah, sediakan payung sebelum hujan”
“PILIHAN INSAN CAKNA”
‘Jom sertai Takaful...Takaful untuk semua’

Hubungilah WAKIL TAKAFUL KELUARGA anda yang terdekat untuk keterangan lanjut;
HP : 019-279 2608
YM: jutaone77
Lokasi : Batu Caves, Selangor