Jumlah Rakan Datang Menjenguk

Sunday, July 11, 2010

Skim Piramid dan MLM

Untuk dikongsi bersama...petikan daripada e-mel kawan.

Memang perbincangan skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan... perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan. Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan pada masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini. Jadi, betulkah M L M itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya. Cuba perhatikan... Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu selebihnya bukan?


2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya. Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus? Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus. Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.


3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain. Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.


Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini? Senario manakah lebih adil? Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan. Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan kebelakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.


Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi undang-undang. Jadi, betulkah M L M itu sebuah piramid? Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.


ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

2 comments:

  1. bodoh!!! keluarga, kerajaan, syarikat swasta memang la berbentuk piramid...tp mereka bkn memperbodohkan org bawahan utk mengaut keuntungan seperti bisnes piramid lakukan...apa punya bodoh la kamu nie...ternyata bodoh apabila percaya bisnes itu boleh jd jutawan..memang la boleh jd jutawan. tp ambil masa sehingga 10 tahun..tgk la dalam list jutawan malaysia, wujud yg melakukan bisnes piramid?? hahaha...pikirkan la...kalau mahu mengaut untung yg tinggi dan tetap, buat la bisnes yg betul...ternak kambing ka...

    ReplyDelete
  2. salam, sedara kat sini bukannya medan utk mengutuk & tidak berbudi bahasa....di sini utk berkongsi pendapat....ternak kambing pon bleh di katakan sistem piramid jgak....kambing induk mesti tk byk....ttp ia dpt melahirkan byk lagi anak....samala dgn pengurusan ternak kambing....pengurus besar mesti sorang jer....yg di bawahnya para pekerja ....kan semua tu berbentuk piramid....semua bisnes berbentuk piramid....mana ada syarikat bisnes besar dijalankan oleh seorang super power....mesti ade ramai pekerja & seorang pemimpin shj utk memandu syarikat....sama juga dlm bisnes MLM...MLM tak salah & sah di sisi undang2 negara....yg salah bisnes yg menggunakan sistem piramid serupa dgn MLM utk menindas org bawahan....mmg byk di Malaysia ni....myb sedara pon pernah jd mangsa sbb tu marah2 tanpa usul periksa ....maaf sekiranya anda masih membaca blog ini....

    ReplyDelete